![]() |
|
PENGENALAN ::Sejarah:: ::Pengasas:: ::Guru Besar:: ::Profil:: ::Logo:: | |
Sekolah Kebangsaan (P) Bandar Tangkak telah ditubuhkan pada tahun 1946 atas kehendak orang-orang Melayu tempatan. Mereka mahukan sebuah sekolah khas untuk murid-murid perempuan dan tidak mahu bercampur dengan murid lelaki. Permintaan tersebut telah dipersetujui oleh kerajaan. Bangunan pertama sekolah ini telah didirikan di atas satu tapak tanah yang dikurniakan oleh kerajaan iaitu di belakang kuarters Pejabat Tanah Tangkak. Namun pada tahun 1960, kerajaan telah mendirikan dua buah bangunan di Jalan Hassan, Tangkak iaitu kawasan sekolah sekarang. Pada tahun 1970, satu blok tambahan telah didirikan berserta dengan sebuah kantin, bilik air dan pejabat guru besar. Apabila Sekolah Lelaki Tangkak (Sekolah Kebangsaan Sri Tangkak, sekarang), membuka pintunya kepada murid-murid perempuan, ia telah menyebabkan bilangan murid sekolah ini semakin merosot. Lantaran itulah sekolah ini juga membuka pintunya kepada murid lelaki pada awal tahun 1970 sehinggalah sekarang. Pada tahun 1993, kerajaan sekali lagi mendirikan sebuah bangunan dua tingkat iaitu di blok D sekarang dan mula digunakan pada 6 Oktober 1994. Pada ketika itu, sebuah bangunan Tadika Kemas terdapat di bangunan blok B yang telah ditubuhkan oleh Pn. Hjh Dara Binti Hitam pada tahun 1975. Namun Tadika ini sekarang telah dipindahkan setelah mendapat bangunan sendiri. ::atas::
|
|
Memandangkan Sekolah Kebangsaan (P) Bandar Tangkak ini diasaskan atas permintaan orang ramai, maka pengasasnya terdiri daripada orang-orang tempatan. Mereka adalah : 1) Allahyarham Tuan Hj Mohd Noor Bin Hj Md Elah, Penghulu Mukim Tangkak pada masa itu. Beliau juga merupakan apa kepada Guru Besar sekarang iaitu En Nor Mohammad Bin Hj Mohd Noor. 2) Allahyarham Tuan Hj Jaamat Bin Jamuddin, Ketua Kampung Padang Lerek Tangkak pada masa itu. 3) Allahyarham En Norhashim, Ketua Kampung Solok pada ketika itu. 4) Allahyarhamah Hjh Mah Binti Ali. Beliau kemudiannya dilantik menjadi Guru Besar yang pertama di sekolah ini ::atas::
|
|
Di bawah ini dipaparkan nama-nama Guru Besar yang telah menerajui sekolah ini dari awal penubuhannya sehingga sekarang. Mereka yang dimaksudkan adalah : 1) Pn Hjh Mah Binti Ali
2) Pn Hjh Fatimah Binti Taha
3) YM Raja Intan Binti Raja Ali
4) Pn Mahanum Binti Rahmat
5) Pn Hjh Dara Binti Hitam
6) Pn Hjh Rusnah Binti Puteh
7) Tn Hj Abu Hanipah Bin Hj Ishak
8) Pn Maimunah Binti Ibrahim
9) En Kamaruzaman Bin Mahadi
10) En Nor Mohammad Bin Hj Mohd Noor
::atas::
|
|
Mempunyai keluasan hampir 2.6 hektar Sekolah Kebangsaan (P) Bandar Tangkak merupakan sebuah sekolah yang unik. Meskipun persekitarannya penuh dengan “ hutan batu ” yang bercirikan kemodenan, sekolah ini mampu mengekalkan kehijauan prasarananya. Hasil olahan dan gabungan idea warga sekolah dan PIBG, wujudlah satu tatarias taman yang kaya dengan nilai estetikanya di samping mengekalkan keaslian alamiah. Lantaran itu terhasillah persekitaran yang indah dan kondusif dengan suasana dan persekitaran landskap yang cantik dan menarik yang mampu menjana minda murid. Apa yang pasti segala usaha dan kesungguhan dalam membangunkan dan memperindahkan sekolah ini telah mendapat pengiktirafan pelbagai pihak sama ada oleh Pejabat Pelajaran Daerah Muar, Jabatan Pelajaran Johor, Jabatan Landskap Negeri Johor mahupun Kementerian Pelajaran Malaysia. SK (P) Bandar Tangkak hanya mempunyai empat blok bangunan iaitu Blok A, B, C dan D. Daripada empat blok bangunan itulah dua belas buah kelas/ bilik darjah dapat diwujudkan. ::atas::
|
|
LOGO
|
|
Definisi warna : Biru pada lambang buku bermaksud suasana tenteram dan harmoni untuk belajar dan cinta demi mendapatkan ilmu dari obor yang terdapat di tengah-tengah lambang buku. |
|
Merah melambangkan semangat juang yang tidak kunjung padam di hati murid-murid Sekolah Kebangsaan (P) Bandar Tangkak dan letaknya di puncak obor yang menyala. |
|
Kuning melambangkan taat setia, patuh serta berdisiplin. |
|